Malioboro, Yogyakarta Bakal Bebas Rokok Mac 2020

VIRAL
January 28, 2020 - 05:08 PM


Kalau bercuti ke Yogyakarta, Indonesia atau lebih popular disebut Jogja, rugi sekiranya kita tak berkunjung ke lokasi ikoniknya iaitu Malioboro.

Selain memiliki keindahan pantai yang indah, Malioboro juga menjadi destinasi membeli-belah kegemaran pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tetapi tahukah anda, bermula akhir bulan Mac nanti Malioboro akan mula dikuatkuasakan sebagai sebuah bandar "Bebas Rokok"!

Ketika ini, pihak berkuasa Malioboro sedang dalam usaha memperbanyakkan lagi kewujudan tempat khusus untuk perokok agar golongan tersebut tidak merokok di tempat sembarangan hingga mengganggu pelancong dan penduduk tempatan dengan asap rokok mereka.

Antara lokasi cadangan tempat merokok khas itu adalah di kawasan sekitar hotel dan kedai-kedai di sekitar Malioboro.

Malioboro Mall antara salah satu pusat beli-belah yang telah memiliki tempat khas merokoknya sendiri.

Sebaik peraturan larangan merokok itu dikuatkuasakan dalam tempoh 2 bulan lagi, sebarang aktiviti mempromosikan rokok juga adalah tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Malioboro.

Selain itu, di sepanjang jalan Malioboro juga bakal dilengkapi dengan papan-papan tanda larangan merokok bagi memberi peringatan kepada orang ramai termasuk para pelancong yang baru tiba ke bandar itu agar mengetahui Malioboro merupakan sebuah kawasan tanpa rokok.

Sumber: CNN Indonesia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah