Asal Usul & Perkara Menarik Tentang Glamping

HOTEL
February 03, 2020 - 02:36 PM


Pernah dengar perkataan glamping? Atau ini merupakan kali pertama anda? Kalau anda masih kurang jelas, kami akan perjelankan supaya segala tanda tanya anda semua terjawab.

Pada hari ini, bermacam – macam jenis trend atau gaya percutian yang ada. Cuma mungkin ia sama ada ‘belum sampai’ di Malaysia atau mungkin tak ramai yang bagi pendedahan. Salah satu daripadanya ialah glamping.

Kalau anda perasan, glamping merupakan trend yang sudah mula merebak di Malaysia dan semakin bertambah tempat – tempat glamping yang menarik di Malaysia. Jika diperhatikan, glamping ni biasanya berkait rapat dengan pencinta alam semula jadi.

Percutian mereka ini biasanya dihabiskan dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan aspek keselesaan.

Kebiasaannya berkhemah atau camping, kita sedia maklum yang kita akan menghabiskan masa dalam khemah yang sempit, tiada tilam, tiada kipas, tandas jauh dan macam – macam lagi. Tapi, situasinya berbeza untuk glamping.

Apa Itu Glamping?

Tiarasa Escapes Janda Baik

Idea disebalik glamping ini sebenarnya kombinasi percutian ‘glamour’ dan ‘camping’ buat warga kota atau muda mudi sekarang yang inginkan ketenangan dalam hutan. Kebanyakan glamping juga dikenali sebagai aktiviti pecutian yang berkonsepkan ala perkhemahan.

Asal Usul

Difahamkan, glamping ini sebenarnya sudah wujud sejak abad ke-16 lagi dan ia dimulakan oleh Earl of Atholl dari Scotland yang menyediakan pengalaman percutian mewah di Highlands semasa melawat Raja James V dan ibunya.

 

Tempat Glamping Menarik Di Malaysia

Scene glamping di Malaysia ni semakin hari makin berkembang dan banyak tempat glamping menarik ada di negara kita. Macam yang pernah kami cuba, glamping di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut Terengganu dan ada juga di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling dan Bentong Happy Farm, Pahang.

Selain daripada dua ini, ada banyak lagi port glamping yang menarik. Antaranya di Tanah Aina Fahad atau Tiara Escapes di Janda Baik, Pahang. Ada juga di Lost World Of Tambun dan Gopeng Glamping Park di Perak dan banyak lagi. GLAMZ at Genting pun salah satu port glamping yang cantik dan menarik jugak.

Aktiviti Menarik Semasa Glamping

Biasanya, setiap tapak glamping atau pengusaha glamping ini akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang unik serta bersesuaian dengan pengunjung mereka. Ada diantaranya yang menawarkan aktiviti bermain ATV, meredah hutan, water rafting dan banyak lagi aktiviti outdoor yang menarik.

Kalau di Kampung JKIN Negeri Sembilan, salah satu aktiviti yang menarik adalah flying fox, hiking ke gunung Angsi, menaiki ATV dan banyak lagi. Ada buai ala-ala di Bali lagi.

Kalau nak cari tempat menarik glamping yang pernah kami kongsikan, boleh klik di link yang disediakan di akhir artikel ini nanti.

Kalau dah jumpa tempat tu, mula lah plan dengan kawan – kawan atau keluarga. Pergi ramai – ramai baru meriah!

Lokasi Glamping Menarik

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah