5 Fakta Menarik Muzium Lilin Madame Tussauds Yang Ramai Tidak Tahu

TARIKAN
February 03, 2020 - 05:15 PM


Dikenali seluruh dunia, Muzium Lilin Madame Tussauds atau Madame Tussauds Wax Museum ini merupakan sebuah muzium yang menempatkan arca lilin yang dibuat menyerupai individu terkenal di dunia bertempat di London.

Bermula dengan sebuah muzium kecil di Baker Street, kini ia menjadi sebuah muzium francais yang mempunyai cawangan di beberapa bandar lain. Selain keunikan serta keteperincian setiap patung yang dibina, patung – patung ini disini sebenarnya dikenakan pakaian yang sebenar.

 

Berikut adalah fakta menarik berkenaan Madame Tussauds Museum yang ramai tidak tahu :

#1. Madame Tussauds Merupakan Orang Sebenar

Bukan sekadar nama, muzium ini sebenarnya diasaskan oleh Marie Tussaud yang mempelajari seni membuat arca dari Dr. Philippe Curtuis, seorang ahli fizik yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan model dari lilin. Selepas meninggal dunia, kesemua kolesi arca lilin kepunyaan doktor tersebut diwarisi oleh Tussaud.

Tussaud menghabiskan masa 33 tahun mengelilingi Eropah sebelum membuka muzium di Baker Street, London pada 1835. Sejak pembukaan, muzium lilin ini mendapat sambutan yang luar biasa oleh pengunjung yang rata – rata mengagumi arca patung yang terdapat di muzium berkenaan.

 

#2. Proses Pembuatan Yang Rumit

Fakta kedua ini pastinya ramai yang boleh jangkakan. Mana tidaknya, setiap patung kalau diperhatikan (siapa yang pernah pegi) sangat terperinci dan ada kalanya nampak saling tak tumpah dan nampak ‘hidup’.

Setiap individu yang ingin dibuat arca ini akan dijemput oleh pihak muzium sebelum mendapatkan ukuran yang terperinci. Terdapat 250 ukuran yang tepat dan lebih 180 keping gambar akan diambil supaya patung dapat dibuat dengan sempurna. Jika subjek yang hendak dipatungkan telah meninggal, ukuran melalui video dan gambar akan diambil.

Untuk mendapatkan sebuah patung seakan-akan hidup dan berkualiti, setiap helaian rambut akan dimasukkan satu per satu. Ini akan mengambil masa sekurang – kurangnya 5 minggu dan akan menggunakan sekitar 100,000 helaian rambut di setiap kepala. Untuk membuat urat pada mata, mereka akan menggunakan benang sutera sementara untuk urat – urat pada badan akan menggunakan tali.

Fakta tambahan : Setiap patung akan dibuat 2% daripada saiz sebenar kerana jumlah ini juga dijangka akan cair sepanjang proses pembuatan sesebuah patung.

 

#3. Setiap Patung Mendapat Penjagaan Yang Sangat Rapi

Setiap patung yang ada di Madame Tussauds ini diberikan penjagaan yang sangat teliti dan rapi. Boleh dikatakan ‘A’ lah. Contohnya, rambut yang ada pada patung – patung ini akan dibasuh selain proses ‘touch-up’ solekan mereka.

Ada kalanya, sylist peribadi seseorang artis akan memberikan bantuan dan tips bagi mencantikkan dan menambahkan ke-‘real’-an patung – patung mereka.

 

#4. Bukan Semua Individu Terkenal Mahu Di’Patung’kan

Menurut cerita, Madame Tussauds beliau mahu membuat sebuah patung untuk menghargai Mother Teresa, seorang biarawati yang cukup terkenal kerana kerja – kerja amal yang dilakukan.

Namun, Mother Teresa atau nama sebenarnya Mary Teresa Bojaxhiu (Anjeze Gonxhe Bojaxhiu) menolak tawaran berkenaan kerana beliau mahu dirinya dihargai melalui perbuatannya daripada bentuk fizikalnya.

Sama juga dengan individu yang sebenarnya tidak layak atau tidak sesuai untuk dipamerkan seperti Adolf Hitler di Berlin. Disebabkan faktor sejarah dan kekejaman Hitler,kepala patungnya telah dipenggal oleh seorang pelawat German pada 2009. Menurutnya, Hitler tidak layak dijadikan tarikan pelancongan.

Selain itu, pihak muzium juga mengikuti isu semasa dalam mempamerkan koleksi mereka. Sebagai contoh, Putera Harry dan Meghan Markle telah diasingkan dari koleksi keluarga di-Raja Britain yang mempamerkan patung Ratu Elizabeth II, Putera Philip, Putera Charles dan lain – lain ahli keluarga.

 

#5. Tiada Tanda Koma Atas Lagi Pada Perkataan Tussauds

Sebelum ini, sememangnya muzium ini dikenali sebagai Madame Tussaud’s dan penggunaan koma di sebelah atas sebelum huruf ‘S’ berkenaan menunjukkan ianya kepunyaan Tussaud. Namun, selepas Madam Tussaud sendiri tidak lagi memiliki francais berkenaan, pihak Merlin Entertainment telah membuang koma tersebut.

Lagenda Bola Sepak Singapura Fandi Ahmad Bersama Patungnya Di Singapura

Sehingga hari ini, terdapat 24 muzium Madame Tussauds seluruh dunia dan di rantau Asia sahaja ada 9 buah muzium iaitu di Bangkok, Beijing, Chongqing, Shanghai, Delhi, Hong kong, Wuhan, Tokyo dan Singapura.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah