Hostel Backpackers Terbaik Tahun 2020 Di Setiap Benua
HOTELLaman web Hostelworld baru – baru ini telah mengumumkan senarai pemenang bagi anugerah tahunan mereka iaitu HOSCARS yang mana ia akan memberikan pengiktirafan kepada backpacker hostel terbaik di seluruh dunia.
Seperti tahun – tahun sebelum ini, keputusan ini adalah berdasarkan review yang diberikan oleh komuniti backpackers di laman web Hostelworld dan difahamkan ada sekitar 1.1 juta review kesemuanya.
Untuk tahun 2020 ini, pemilihan hostel terbaik adalah berdasarkan review yang ditinggalkan sepanjang tahun 2019 dan ia terbahagi kepada beberapa kategori seperti ‘Terbaik Untuk Solo Traveller Lelaki’, ‘Hostel Rangkaian’, ‘Hostel Bersaiz Kecil’ dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga ada senaraikan hostel terbaik mengikut benua, negara, bandar dan lain – lain juga.
Oleh itu, berikut adalah senarai pemenang hostel terbaik di setiap benua :
AFRICA
Rodamon Riad Marrakech Hostel, Marrakesh, Morocco
Info Ringkas : Hostel ini terletak 10-minit perjalanan dari Jamaa El Fna dan boleh dikatakan berada di lokasi terbaik di bandar tersebut. Ada restoran dan banyak kedai berdekatan. Ia mendapat review terbaik berdasarkan lokasinya.
Rating : 9.5 – review dari 905 backpackers
Harga Per Malam : RM83
Alamat : Riad Rodamón, Rue Amssafah, 32. Quartier Assouel. Medina , Marrakech, Morocco
ASIA
Cheerful Hoi An Hostel, Hoi An, Vietnam
Info RIngkas : Hostel terbaik di Asia ini mendapat review yang tinggi kerana lokasinya. Hanya 8 minit perjalanan ke pekan utama dan 2 kilometer ke An Bang.
Rating : 9.9 – review dari 502 backpackers
Harga Per Malam : RM24.7
Alamat : 71 Thích Quảng Đức , Hoi An, Vietnam
EROPAH
5 Terre Backpackers, Clinque, Italy
Info Ringkas : 5 Terre ini menawarkan penginapan yang tenang dan sesuai untuk backpackers yang sukakan nature. Dari segi lokasi, ia terletak di kawasan yang agak jauh dari kesibukan iaitu Corvara dan sangat dekat dengan Clinque Terre National park.
Rating : 9.9 – review dari 1313 backpackers
Harga Per Malam : RM 112.50
Alamat : Via San Michele 5, Corvara di Beverino , Cinque Terre, Italy
North America (Amerika Utara)
Maya Papaya, Antigua, Guatemala
Info Ringkas : Hostel ini diselenggarakan oleh mereka yang pakar dan konsep mereka ialah membawakan pengalaman percutian mewah dengan harga hostel.
Rating : 9.5 – review dari 686 backpackers
Harga Per Malam : RM 45.30
Alamat : 1ra Calle Poniente #20 , Antigua, Guatemala
Oceania
Adventure Q2 Hostel, Queenstown, New Zealand
Info Ringkas : Rata – rata tetamu yang menginap di sini suka akan aktiviti ekstrim yang disediakan oleh hostel seperti bungee jumping, rock climbing dan lain – lain. Terletak di tengah Queenstown, memang banyak kawasan adventure berdekatan dengan hostel ini.
Rating : 9.7 – review dari 1503 backpackers
Harga Per Malam : RM104
Alamat : Level 1, 5 Athol Street , Queenstown, New Zealand
South America (Amerika Selatan)
Mapatagonia Outdoor Hostel, Puerto Varas, Chile
Info Ringkas : MaPatagonia Outdoor Hostel ini terletak di sebuah rumah colonial lama yang di bina 85 tahun dahulu. Jadi reka bentuk bangunannya agak menarik.
Tarikan disini adalah kawasan Margouya Patagonia ini sendiri yang mana ia merupakan ‘pintu’ utama untuk aktiviti outdoor seperti berkayak, trekking, naik gunung dan lain – lain.
Rating : 9.8 – review dari 1347 backpackers
Harga per malam : RM 57.60
Alamat : Purisima 681 , Puerto Varas, Chile
Nota Editor : Harga hostel berkenaan adalah harga terendah yang kami jumpai pada setiap hostel, jenis dorm perkongsian.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah