Arab Saudi Tarik Balik Perintah Berkurung Sehingga 13 Mei
VIRALApril 27, 2020 - 02:50 PM
Perintah berkurung di seluruh Arab Saudi ditarik balik, kecuali di Mekah dan sejumlah kawasan lain yang ditetapkan bermula Ahad hingga 13 Mei depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di mana dengan arahan terbaharu itu kini kedai runcit dan pusat beli-belah dibenarkan untuk kembali beroperasi manakala kerja-kerja pembinaan disambung semula.
Dokumen itu turut menekankan mengenai kepentingan penjarakan sosial dan langkah-langkah pencegahan yang lain.
Selain itu, "pihak berkuasa berkaitan" diberi kuasa untuk menentukan sama ada restoran, pawagam, salon kecantikan dan kemudahan lain perlu ditutup jika langkah-langkah pencegahan itu tidak dipatuhi.
Pada Sabtu, Arab Saudi mencatatkan sekitar 16,000 kes dan 136 kematian akibat COVID-19, peningkatan yang stabil iaitu kira-kira 1,000 kes setiap hari sepanjang minggu lalu.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah