Lokasi Pelancongan Vietnam Dibuka Semula Sempena Cuti Umum
VIRALApril 30, 2020 - 02:33 PM
Beberapa kawasan pelancongan popular di Vietnam bakal dibuka semula sempena cuti National Reunification Day (30 April) dan May Day (1 Mei) -- selepas negara itu melonggarkan peraturan penjarakan sosial.
Lembaga pengurusan 'My Son Cultural Site' di wilayah tengah Quang Nam berkata tempat itu akan dibuka dari 28 April, tetapi pengunjung perlu memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial.
Akhbar Nhan Dan melaporkan kawasan itu ditutup sementara waktu sejak 16 Mac susulan penularan COVID-19.
Sementara itu, Jabatan Pelancongan wilayah Khanh Hoa berkata beberapa destinasi pelancongan popular di bandar Nha Trang juga akan dibuka semula tidak lama lagi.
Selain itu, destinasi menarik di wilayah Kien Giang turut bakal dibuka kembali kepada pengunjung.
Namun, hanya rakyat dan warga asing yang tinggal di Vietnam dibenarkan mengunjungi kawasan berkenaan, kata Jabatan Pelancongan wilayah itu.
Sementara itu di Hanoi, perkhidmatan 'hop on-hop off' dan tempat bersejarah letaknya Kubu Kota Thang Long dijadual beroperasi semula hanya pada cuti umum 30 April-1 Mei.
Sehingga hari ini (30 April) -- Vietnam merekodkan sebanyak 270 kes porsitif COVID-19 tanpa berlaku sebarang kes kematian. Daripada jumlah itu sebanyak 222 kes telah sembuh dan hanya tinggal 48 kes yang masih aktif.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah