Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong Uji Bilik Pembasmi Kuman
VIRALMay 06, 2020 - 02:54 PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ketika ini sedang giat melakukan ujian terhadap bilik pembasmi kuman 40 saat yang baharu dan bakal digunakan oleh kesemua penumpangnya.
Hab lapangan terbang itu berkata ia merupakan percubaan pertama oleh CleanTech, sebuah bilik tertutup yang memiliki konsep seakan bilik samak, cuma bezanya ia menggunakan semburan pembasmi kuman selama 40 saat untuk membunuh coronavirus.
Permukaan bilik tersebut dilengkapi lapisan anti-kuman yang boleh membantu 'membunuh virus dan bakteria yang melekat pada tubuh dan pakaian manusia'.
Ketika ini, bilik pembasmi kuman tersebut sedang diuji dalam kalangan kakitangan lapangan terbang berkenaan.
Selain bilik itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong juga melakukan ujian rintis menggunakan semburan anti-kuman untuk semua permukaan sentuh di terminal termasuk pemegang dan tempat duduk di Automated People Mover, bas penumpang, kiosk smart check-in, kaunter daftar masuk, tandas, tempat duduk, troli bagasi dan butang lif.
Malah, robot pembersihan juga digunakan untuk membasmi kuman di kawasan awam dan kemudahan penumpang di seluruh kawasan lapangan terbang.
Robot tersebut menggunakan sinar ultraviolet untuk mensterilkan 99% permukaan seperti tandas awam dan juga dapat mensterilkan udara.
Selain airport, syarikat penerbangan utama juga dilihat sudah mula memperkenalkan langkah berjaga-jaga mereka sendiri di lapangan terbang asal mereka.
Seiring dengan amalan pembasmian kuman yang lebih ketat, memberi gambaran jelas bahawa kemungkinan perjalanan udara bakal dilanjutkan secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah