Pasar Chatuchak Kembali Beroperasi Selepas 48 Hari Ditutup
VIRALMay 11, 2020 - 04:45 PM
Memandangkan Thailand secara rasmi untuk hari kelima berturut-turut mencatatkan kes baharu harian hanya satu digit dan sifar kematian -- menyebabkan destinasi pelancongan paling popular di Bangkok iaitu Pasar Chatuchak dibuka semula bermula Sabtu lepas setelah ia ditutup sejak 22 Mac lalu.
Menurut seorang pegawai kanan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) pasar berkenan dibenarkan untuk beroperasi semula pada hujung minggu dari pukul 5 pagi hingga 6 petang di semua zon kecuali di menara pengawal dan zon pasar malam disebabkan larangan berkurung.
Setakat ini sebanyak 10,334 vendor telah menyatakan minat mereka untuk terus membuka kedai mereka di Chatuchak.
Meskipun sudah mula beroperasi semula, bagi mengekang penularan COVID-19 di kalangan pengunjung dan peniaga -- BMA hanya mengehadkan akses pintu masuk dan keluar ke pasar tersebut dari 6 lokasi sahaja, yang mana kesemuanya akan dilengkapi dengan alat pengimbas suhu.
Malah, kesemua pengunjung dan peniaga juga telah diwajibkan untuk sentiasa memakai pentup hidung dan mulut sementara restoran perlu mematuhi penjarakan sosial untuk semua pelanggannya.
Bagi menjaga aspek kebersihan, kesemua 8 tandas awam di Pasar Chatuchak juga akan dibersihkan setiap 2 jam dan turut disediakan dengan cecair pembasmi kuman kepada para pengunjung.
Peniaga di pasar itu juga telah diarahkan untuk mengehadkan jumlah pelanggan hanya kepada 5 orang dalam satu-satu masa bagi kedai bersaiz kecil dan 10 orang bagi kedai yang lebih besar.
Bagi membantu meringankan beban kerugian yang ditanggung para peniaga Pasar Chatuchak sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 -- BMA turut mengecualikan mereka daripada membayar sewa selama 3 bulan.
Sumber: Bangkok Post
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah