Perintah Berkurung Di Arab Saudi Tamat 21 Jun, Kecuali Mekah

VIRAL
May 27, 2020 - 02:26 PM


Arab Saudi bakal menamatkan perintah berkurung yang dibuat susulan COVID-19 di seluruh negara pada 21 Jun depan, kecuali di Kota Suci Mekah.

Menurut Arab News yang memetik laporan Saudi Press Agency, pergerakan dalam bandar dan antara wilayah dibenarkan bermula 31 Mei.

Kelonggaran itu juga mengubah perintah berkurung yang bermula 3 petang hingga 6 pagi setiap hari, sebelum ini kepada 8 petang hingga 6 pagi, selain membenarkan aktiviti perniagaan serta pejabat kerajaan kembali beroperasi.

Bagaimanapun, Makkah kekal di bawah sekatan penuh 24 jam, manakala umrah dan penerbangan antarabangsa masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Laporan menyebut, perintah berkurang di seluruh negara itu dijangka ditamatkan pada 21 Jun dengan pemerintah bakal membenarkan solat berjemaah di masjid di Makkah.

Arab Saudi melaksana kelonggaran sekatan dengan garis panduan dan mewajibkan rakyatnya mematuhi penjarakan sosial, termasuk larangan mengadakan perhimpunan melebihi 50 orang bagi mengekang penularan semula wabak.

Perniagaan yang sukar mengamalkan penjarakan sosial seperti salun kecantikan, kedai gunting rambut, kelab sukan dan kesihatan, pusat rekreasi dan panggung wayang pula kekal tutup.

Terdahulu, Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, "fasa ini (kelonggaran) bermula secara beransur-ansur hingga kita kembali kepada kehidupan normal, dengan konsep baharu berdasarkan penjarakan sosial."

Katanya, langkah pencegahan yang diambil kerajaan ketika awal penularan wabak telah membantu mengekang virus daripada merebak teruk.

Sumber: Harian Metro

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah