Menara Eiffel Dibuka Semula 25 Jun Ini

VIRAL
June 12, 2020 - 04:22 PM


Simbol kebanggaan Perancis, Menara Eiffel, bakal dibuka semula kepada pengunjung mulai 25 Jun.

Mercu tanda terletak di Seventh Arrondissement Paris itu ditutup selama tiga bulan sejak wabak COVID-19 melanda wilayah Ile-de-France, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu.

Perancis menyaksikan 29,299 kematian sejak awal wabak melanda dengan 191,523 kes jangkitan. 

Setahun kira-kira tujuh juta pelancong mengunjungi menara ikonik itu, tiga perempat adalah pelawat asing.

Setakat ini, pembelian tiket secara dalam talian belum dibuka.

Bermula 25 Jun, lawatan hanya dibuka di tingkat pertama - sementara lif, ruang kecil, masih ditutup. 

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan setiap hari sebagai langkah pencegahan membendung penularan wabak COVID-19.

Siap dibina pada 1889, menara itu dinamakan sempena nama juruteranya, Gustave Eiffel.

Menara Eiffel juga dibina sebagai menandakan ulang tahun ke-100 Revolusi Perancis dan sehingga kini menjadi destinasi pelancongan idaman daripada pengunjung dari seluruh dunia!

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah