Laluan Hanoi-Da Nang Tersenarai 10 Perjalanan Kereta Api Terbaik Dunia
TARIKANSeptember 25, 2020 - 12:48 PM
Orang kata kalau melancong ke Vietnam, rugi kalau tak cuba naik kereta api mereka yang menjanjikan pemandangan dan pengalaman luar biasa.
Jadi tak hairanlah, kalau laluan kereta api yang menghubungkan Hanoi dan pusat bandar Da Nang, kendalian Vietnam Reunification Express, baru-baru ini disenaraikan antara 10 perjalanan kereta api terbaik di dunia oleh Conde Nast Traveller - sebuah majalah pengembaraan berprestij.
Senarai itu dibuat oleh wartawan Britain dan penulis kembara, Monisha Rajesh berdasarkan bukunya ‘Around the World in 80 Trains: A 45,000-Mile Adventure’!
Menurut penulis, bermula di Hanoi, Reunification Express melintasi sepanjang negara hingga ke Bandar Ho Chi Minh di selatan, dengan segmen terbaik adalah pada separuh pertama perjalanan ke Da Nang.
Merentasi jauh ke ibu kota, perjalanan kereta api ini menawarkan pemandangan yang membuatkan penumpang sangat teruja kerana ia melintasi belakang rumah penduduk ketika keluarga bersantai pada malam hari, sebelum muncul di bawah sinar matahari yang indah keesokan harinya, catatnya.
Menyusuri perjalanan berbatu-batu jauh ke dalam hutan, disentuh helaian daun-daun pisang pada tingkap, kereta api itu hanya berjarak beberapa inci sahaja daripada dinding rumah dan kebunan penduduk kampung, begitu hampir sehingga penumpang boleh bertentang mata dan melambai mereka.
Pada laluan terakhir, kereta api itu melengkung di puncak tebing yang menghadap ke laut sehingga kelihatan pasir pantai yang keemasan di sepanjang Teluk Lang Co, sebelum ia berakhir di Stesen Da Nang.
Perjalanan kereta api lain di Asia juga tersenarai, termasuk laluan:-
- Tokyo ke Osaka, Jepun, oleh Tokaido Shinkansen
- Ulaanbaatar dari Mongolia ke Beijing, kendalian Trans-Mongolian Express
- Bangkok ke Nam Tok oleh Thailand’s Death Railway
- Xining ke Lhasa, China, dengan Qinghai-Tibet Railway
- Mumbai ke Madgaon, India, oleh Mondovi Express
P/S: Tak sabar nak tunggu pandemik ni reda dan pintu sempadan negara dibuka semula! Melancong ke luar negara dengan kereta api memang dah lama jadi wishlist min...hehehe
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah