Bermesra Dengan Alpaca Dan Haiwan Lain Di Farm In The City di Selangor

TARIKAN
October 08, 2020 - 06:04 PM


Kalau sebelum ni Rileklah dah tunjukkan di mana nak bermesra dengan kambing dan lembu, kali ni kami nak tunjukkan di mana korang boleh berjumpa dan mengusap haiwan rare iaitu Alpaca! Haiwan ni sangat terkenal dengan kartun Jimmy Neutron yang disiarkan di TV9 pada satu ketika dahulu. Dan kini, korang boleh jumpa haiwan ni depan-depan tau.

Farm In The City terletak di Seri Kembangan, Selangor dan ia membawakan konsep kekampungan dari segi design dan astetik di sini. Dan bukan alpaca je yang ada di sini, ada banyak lagi haiwan lain yang korang boleh lihat dan sentuh. Tapi superstar tempat ni, adalah Alpaca dan korang boleh jumpa haiwan ni di bahagian Savannah.

Di Savannah juga korang akan berjumpa dengan binatang lain seperti kambing dari Switzerland, rusa, dan Dusky Wallaby kangaroo. Memang comel setiap satu haiwan yang ada di sini. Kalau nak jumpa dengan haiwan kecil pulak, korang boleh pergi ke Pet Village untuk lihat rabbit, dan hamster yang sangat comel.

Kalau nak bagi makan pun boleh guys, rabbit dan hamster tu korang boleh bagi makan sayur-sayuran dan kadang-kadang korang boleh tengok sendiri rabbit tu mengunyah makanan yang korang bagi tanpa henti. Seterusnya korang boleh pergi ke Raccoon Feeding untuk berjumpa dengan rakun.

Dengan tangan yang sangat kecil, berebut-rebut diorang nak ambil makanan yang korang berikan. Rakun di sini memang jinak dan bukanlah seperti rakun lain yang di luar sana. Jadi korang tak perlu takut dengan keselamatan anak atau ahli keluarga korang. Ada banyak lagi bahagian yang korang boleh pergi.

Jadi kalau korang nak bawa keluarga korang berjalan-jalan weekend ni, datang la ke Farm In The City. Asyik berjalan dalam mall je, bosan kan? Sekurang-kurangnya di sini, anak-anak korang boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada. Macam biasa, jaga SOP dan pakai mask. Have fun!

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor

Waktu Operasi: Sabtu hingga Ahad – 9.30 pagi hingga 6 petang ǀ Isnin hingga jumaat – 10 pagi hingga 6 petang ǀ Selasa tutup

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah