Masjid Besar Algeria - Masjid Ketiga Terbesar Dunia & Paling Besar Di Afrika

TARIKAN
October 30, 2020 - 05:25 PM


Meskipun sekarang ini dunia masih lagi struggle dengan penularan wabak COVID-19, namun masih ada berita baik untuk umat Islam secara keseluruhan.

Jika nanti keadaan semakin pulih dan anda mempunyai peluang untuk kembali mengembara hingga ke bumi Afrika -- jangan lepaskan peluang bagi mengunjungi masjid ke-3 terbesar dunia dan paling besar di Afrika iaitu MASJID BESAR ALGERIA di Algiers!

Dikenali sebagai Djamaa ElDjazair, struktur moden bangunan tersebut seluas 27.75 hektar itu menduduki tempat ketiga sebagai masjid terbesar di belakang Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi.

Masjid itu mempunyai menara setinggi 267 meter iaitu tertinggi di dunia serta dilengkapi dengan lif dan terdapat platform menghadap pemandangan ibu kota Algeria dan Teluk Algiers.

Dewan solatnya sahaja mampu memuatkan seramai 120,000 jemaah.

Selain gah dari luaran, ruang dalaman masjid itu juga tidak kurang hebatnya apabila menerapkan elemen seni bina Andalusia serta dihiasi dengan kayu, marmar dan batu putih.

Masjid yang menelan kos pembinaannya lebih AS$1 bilion (RM4.16 bilion) itu juga dikatakan bakal berfungsi sebagai pusat penyelidikan, kebudayaan dan teknologi -- malah turut mempunyai sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan sehingga 1 juta buku.

Kerja-kerja pembinaannya memakan tempoh selama 7 tahun dan ia siap dibina pada April 2019, sebelum dirasmikan pada 29 Oktober 2020 oleh pimpinan tertinggi Algeria bersempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW 1442H.

Jom tengok video tentang betapa besar dan megahnya masjid ini!

Sumber: Sinar Harian 

 


 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah