The Sticks - Rasai Pengalaman Duduk Di Dalam Tendok Di Kuala Kubu Bharu

HOTEL
November 25, 2020 - 08:13 PM


Kuala Kubu Bharu memang penuh dengan lokasi-lokasi menarik yang korang boleh pergi dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Malah salah satu resort yang sangat cantik terletak di dalam kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu. Resort tersebut adalah The Sticks. Ianya merupakan sebuah eko resort yang dibina di atas bekas pelombongan biji timah.

Yang menariknya mengenai resort ni adalah penggunaan sumber alam semulajadi untuk resort mereka. Elektrik dijana menggunakan kuasa solar, air pula diambil dari sungai yang berdekatan, dan binaan resort ini sendiri tidak mengganggu kawasan sekelilingnya. Resort ini terletak hanya 1 jam dari bandar Kuala Lumpur, jadi kalau korang nak menyorok dari kesibukan bandar, inilah tempatnya.

Untuk sampai ke sini, korang perlu jungle trekking selama 10 minit (sila pakai kasut bersesuaian) atau boleh naik kenderaan 4x4 kalau korang tak nak berpenat-penat. Bangunan The Sticks digelar sebagai tendok, gabungan nama dari tent (khemah) dan pondok. Walaupun tidak mempunyai aircond, suasana dan suhu di sini sangat sejuk ya terutamanya pada waktu malam.

Terdapat beberapa jenis tendok yang korang boleh pilih antaranya Bamboo House (2 orang), Little Pitta House (2 orang), The Ara (4 orang), Serengeti Tent (4 orang), dan The Nest (4 orang). Setiap rumah tersebut mempunyai tandas yang tersendiri, jangan risau. Dan The Sticks juga sangat terkenal dengan keenakan masakan yang disediakan di sana. Ada orang datang hanya untuk makan je tau.

Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat di sini seperti jungle trekking, white water rafting, mandi sungai, dan juga paragliding. Kalau korang nak berehat di kawasan yang tenang dan tak mahu diganggu oleh hidup di bandar, datang lah ke The Sticks. Untuk maklumat yang lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web dan media sosial mereka di bawah. Have fun guys!

Alamat: Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Laman Web Facebook Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah