Thailand Tutup Pintunya Kepada Pelancong Asing Sehingga Mac 2021
VIRALDecember 08, 2020 - 03:27 PM
Thailand sememangnya sebuah destinasi pelancongan yang sangat digemari oleh ramai pelancong antarabangsa termasuk rakyat Malaysia sendiri.
Namun jika korang mengimpikan untuk melancong ke negara jiran itu, mungkin korang perlu bersabar bagi tempoh masa yang lebih lama lagi -- kerana Kerajaan Thailand baru-baru ini mengumumkan bahawa pintu negaranya hanya akan dibuka kepada pelancong asing sekurang-kurangnya menjelang Mac 2021.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand, Pipat Ratchakitprakan.
Ini bermakna selain daripada visa TR dan STV -- visa pelancongan lain seperti e-Visa dan visa semasa ketibaan, yang baru akan dihentikan buat masa sekarang.
Pada masa ini, sempadan Thailand hanya terbuka dan membenarkan pelancong yang tiba dengan menggunakan visa TR dan STV sahaja.
Persatuan Hotel Thai dan Persatuan Ejen Pelancongan Thailand sebelum ini telah mendesak Kerajaan supaya melonggarkan syarat kemasukan ke negara itu dengan tidak mewajibkan kuarantin 14 hari dan berunding dengan negara-negara yang 'kurang berisiko' seperti Singapura, Vietnam, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Taiwan bagi mewujudkan gelembung perjalanan atau disebut "travel bubble".
Bagaimanapun, Pipat berkata semuanya masih ditangguhkan buat masa ini dan Perdana Menteri Thailand juga menyuarakan kebimbangan terhadap sebarang kelonggaran pelancongan.
"Negara ini akan terus dibuka untuk golongan ahli perniagaan, pakar teknikal, ekspatriat dan mereka yang terlibat dalam bidang perubatan untuk saat ini. Malah kuarantin 14 hari juga akan diteruskan memandangkan masih banyak negara lain yang dilihat bergelut dengan penularan wabak COVID-19 ini", kata Pipat.
Sumber: Travel Daily Media
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah