Akhir Tahun Ini Singapura Nak Buka Pintu Sempadan Antarabangsanya?
VIRALMarch 15, 2021 - 03:17 PM
Ini satu berita gembira buat mereka yang selalu berurusan dan gemar melancong ke negara jiran, Singapura.
Kota Singa itu dijangka bakal membuka semula pintu sempadan antarabangsanya pada akhir tahun ini, apabila lebih banyak negara meningkatkan vaksinasi terhadap jangkitan Covid-19.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong dalam sebuah wawancara bersama BBC, baru-baru ini.
“Saya harap jika banyak negara dapat melakukan vaksinasi kepada penduduk pada akhir tahun ini, kita akan dapat keyakinan dan membangunkan sistem untuk membuka sempadan antarabangsa kita supaya dapat melaksanakan perjalanan yang selamat sekali lagi.
“Mudah-mudahan pada akhir tahun ini atau tahun depan, pintu dapat dibuka, jika tidak lebih awal,” kata Lee.
Sebelum ini, republik tersebut menutup pintu sempadannya untuk pelancongan, tetapi membenarkan beberapa kategori perjalanan seperti untuk tujuan perniagaan dan urusan rasmi.
Ketika ini, penularan wabak Covid-19 di Singapura berada dalam keadaan terkawal dengan hanya beberapa kes jangkitan tempatan.
Singapura juga seperti kebanyakan negara lain yang melaksanakan program vaksinasi, selepas meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Setakat 8 Mac lalu, sebanyak 611,000 daripada 5.7 juta penduduknya telah menerima vaksin.
Ia mensasarkan untuk memberi vaksin kepada setiap orang pada akhir tahun ini.
Sumber: Malaysia Gazette
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah