Mesti Sunyi, Larian Obor Olimpik Tokyo Akan Diadakan Tanpa Penonton
VIRALOlimpik Tokyo 2020 sudah beberapa kali melakar sejarah yang tidak diduga seperti ditunda akibat pandemik yang berlaku kini. Kali ini, penganjur telah mengumumkan bahawa acara larian obor bergilir Olimpik Tokyo akan diadakan tanpa kehadiran penonton.
Menurut penganjur, keputusan itu diambil sebagai salah satu cara untuk mengekang penyebaran virus sepanjang kelansungan acara sukan terbesar itu.
Nedeshiko Japan, pemain bola sepak kebangsaan Jepun yang menjuarai Piala Dunia Wanita FIFA 2011 diberikan penghormatan untuk menjadi pelari pertama acara tersebut yang akan diteruskan menjelajah ke seluruh 47 wilayah Jepun sebelum upacara pembukaan di Stadium Nasional Jepun di Tokyo pada 23 Julai.
Hanya mereka yang terlibat akan menyertai acara tersebut, yang dijadualkan 25 Mac di pusat latihan bola sepak J-Village di wilayah Fukushima, dan akan disiarkan secara langsung dari dalam talian.
Sebelum ini, penganjur mengumumkan bahawa Olimpik kali ini tidak akan dibuka kepada orang ramai, dan temasya tersebut hanya akan disiarkan di dalam talian.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah