Jangan Berjalan Di Escalator! Undang-Undang Terbaru Di Saitama, Jepun

VIRAL
April 06, 2021 - 12:50 AM


Biasa sangat dah kita lihat orang ramai berlari ketika naik dan turun menggunakan escalator. Kadang-kadang tu ada yang terjatuh, kasut tersepit, dan macam-macam lagi musibah yang menimpa. Oleh sebab itu, pihak berkuasa di Saitama. Undang-undang ni nampak agak extreme tapi korang tahu tak terdapat 805 kes kecederaan dari Januari 2018 hingga Disember 2019 melibatkan escalator di Jepun?

Undang-undang ini akan dikuatkuasakan pada bulan Oktober tahun ini di mana semua pengunjung perlu berdiri diam dan tidak bergerak ketika menggunakan escalator di daerah itu.

Persatuan Lif Jepun memberi keterangan bahawa escalator tidak dibina untuk menampung dan menjangka pergerakan secara tiba-tiba, sebab itu pengunjung perlu diam dan memegang rail escalator tersebut.

Namun idea ini tidaklah mendapat sambutan menyeluruh dari orang ramai. Terdapat beberapa pihak yang menyatakan undang-undang ini tidak matang. Akan tetapi masih tiada apa-apa tindakan yang akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan tersebut. 

Jadi apa pendapat korang mengenai berita ini? Sebenarnya di Malaysia kurang mempunyai apa-apa kemalangan besar yang melibatkan escalator, jadi macam tak masuk akal juga kan kalau undang-undang ini dibuat di negara kita? Lagipun kebanyakan rakyat kita sudah pandai menggunakan escalator di mana bahagian kiri untuk yang tak mahu bergerak, bahagian kanan untuk mereka yang ingin sampai dengan cepat.

Sumber: Asahi

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah