Nak Berhenti Makan Waktu Imsak Ke Subuh?

GAYA HIDUP
April 13, 2021 - 05:42 PM


Bila kita dengar radio, ataupun tengok TV, mesti ada pengumuman waktu Imsak, dan waktu Azan Subuh pada bulan puasa, jadi bila kita tengah makan, agak keliru, sebenarnya nak berhenti makan pada waktu yang mana satu? 

Allah juga tidak menggalakkan kita untuk membazirkan makanan, jadi, perlu ke kita berhenti makan pada waktu Imsak, yang waktunya 10 minit lebih awal dari waktu Azan Subuh? 

Menurut Syekh Abdul Hasan Ali bin Muhmmad bin Habib Al-Mawardi dalam kitab Al-Iqna' Fil Asy-Syafi'i,

"Waktu berpuasa adalah dari terbitnya fajar kedua sampai tenggelamnya maahari. Akan tetapi (akan lebih baik bila) orang yang berpuasa melakukan imsak (menghentikan makan dan minum) sedikit lebih awal sebelum terbitnya fajar."

Dari petikan tersebut, kita faham yang sebenarnya puasa itu bermula dari waktu matahari terbit, iaitu waktu azan subuh, dan waktu Imsak itu adalah waktu yang kita digalakkan untuk berhenti makan. Imsak itu seperti lampu kuning di traffic light dimana korang bersedia untuk berhenti, dan bukannya tergopoh gapah menyumbat makanan ke dalam mulut. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah