Thailand Benarkan Kuarantin Di Atas Kapal Layar

TARIKAN
April 28, 2021 - 05:39 PM


Bagi pelancong yang berhasrat untuk mengunjungi Thailand kini boleh menjalani kuarantin wajib 2 minggu Thailand di atas kapal layar! Peh! Bukan biasa-biasa ni. 

Kerajaan Thailand membuat keputusan untuk memberikan kebenaran untuk kuarantin kapal layar tersebut dengan hasrat untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan serta industri kapal layar. Inisiatif tersebut bakal membawa hasil RM235 juta kepada pelancongan kapal layar. 

Pengunjung yang disahkan negatif akan dibenarkan untuk meluangkan masa mereka di atas kapal layar atau kapal persiaran kecil di Phuket. 

Selepas memberi larangan kepada kemasukan pelancong asing bulan Mac tahun lepas, Thailand telah secara perlahan membuka semula sempadan negara mereka sejak Oktober lepas. Sebelum ini, Thailand mengumumkan program yang membenarkan pengunjung untuk menjalankan kuarantin wajib di padang golf.

Menteri Pelancongan Thailand kini sedang mengambil kira kebenaran untuk menjalankan kuarantin di lokasi pelancongan, termasuk resort tepi pantai. Pelan kuarantin hotel tersebut mungkin bakal dibenarkan mulai bulan Mei, melibatkan Phuket, Krabi, dan Chiang Mai. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah