Satu Malaysia PKP Lagi Gais! Ini 11 Perkara Yang Korang Kena Tahu
VIRALSebelum ini dah ada beberapa negeri dan wilayah yang dikenakan PKP, dan mesti waktu tu mood raya korang dah spoil kan? Tapi, apakan daya kita mesti lakukan sebaik boleh untuk memastikan yang jangkitan wabak pandemik dalam negara kita kekal di kadar yang rendah.
Sebelum ini, untuk PKP yang diumumkan minggu lepas, kita masih lagi dapat merasa bazaar Aidilfitri, dan juga Bazaar Ramadan, dan korang masih boleh ziarah menziarahi pada raya pertama yang penting korang tak rentas daerah, dan negera.
Tapi, yang terbaru ini, kita kena kembali STAY AT HOME, ini dia 11 perkara yang korang kena tahu:
1. DILARANG RENTAS DAERAH / NEGERI
Aktiviti merentas daerah, dan negeri adalah dilarang kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, berkerja, ekonomi, temu janji vaksinasi, serta pasangan jarak jauh.
2. SEMUA BENTUK PERHIMPUNAN ADALAH DILARANG
Sama juga seperti PKP yang kita pernah lalui bulan Mac tahun lalu, semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka, kesemuanya tidak dibenarkan.
Nikah? Haa, majlis akad nikah adalah dibenarkan tetapi dengan jumlah kehadiran mengikut SOP majlis agama Islam negeri, dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.
3. AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI ADALAH DILARANG KECUALI BERSEORANGAN
Semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang, tetapi aktiviti sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti joggin, berbasikal, dan senaman adalah dibenarkan, namun perlu mematuhi arahan panjarakan fizikal.
4. SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DITUTUP
Kesemua institusi pendidikan akan ditutup dan berjalan secara dalam talian, sama macam PKP yang pertama kali sebelum ini, tetapi pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa, dan Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.
5. HANYA 3 ORANG DI DALAM SATU KENDERAAN
Bilangan ini digunapakai bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, dan bilangan tersebut adalah termasuk dengan pemandu. Bagi kenderaan yang membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Pengangkutan awam akan berjalan seperti biasa dan akan tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.
6. TAK BOLEH DINE-IN
Makan di dalam restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan sama sekali, tapi korang boleh lah nak drive-thru, ataupun datang untuk bungkus je.
7. HANYA KEHADIRAN 30% DAN KEBAWAH DI TEMPAT KERJA
Dengan arahan ini, setiap majikan wajib melaksanakan dasar Berkerja Dari Rumah.
8. ZIARAH RUMAH KE RUMAH TIDAK DIBENARKAN
Tiada aktiviti ziarah rumah ke rumah yang dibenarkan untuk tahun ini, dan ini juga termasuk aktiviti menziarahi kubur, kerana sama macam PKP yang pertama dulu, kita kena kekal di rumah.
9. SOLAT SUNAT AIDILFITRI TIDAK MELEBIHI 50 ORANG
Hanya kurang daripada 50 jemaah boleh hadir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dengan kapasiti 1000 jemaah, manakala 20 untuk yang kurang daripada 1000. Had yang sama digunapakai untuk solat fardhu.
10. SOP RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM DIPERKETATKAN
SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam bakal diperketatkan dengan ketetapan oleh Kementerian Perpaduan.
11. SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKETUAN LABUAN IKUT LANGKAH KHUSUS
Negeri-negeri dan wilayah di atas akan menjalankan PKP mengikut langkah-langkah khusus yang ditetapkan kerajaan negeri masing-masing.
Jadi, itu dia 11 perkara penting yang diumumkan Perdana Menteri kita yang korang perlu tahu. Semoga kita semua kekal tabah menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam PKP, dan ingat, kalau korang tiada urusan penting, kekal berada di rumah, dan semoga ada sinar buat negara kita.
Kita jaga kita, kita mesti menang!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah