Masjid Punchbowl, Sydney - Kurangkan Tradisi, Lebihkan Keperluan
TARIKANSydney merupakan salah satu destinasi kegemaran pelancong sekiranya datang bercuti ke Australia, termasuklah kita dari Malaysia.
Selain memiliki bandarnya yang cantik dan bersih, Sydney juga memiliki banyak tarikan pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Jika suatu hari nanti, kita semua telah dibenarkan untuk terbang bercuti ke luar negara dan korang memilih Sydney sebagai lokasi pelancongan yang ingin dikunjungi, jangan lupa untuk singgah ke sebuah masjid moden di sana yang menerapkan konsep minimalis dan seni bina unik.
Masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Punchbowl.
Keindahan masjid ini dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di Bumi Kangaru itu di laman Twitter miliknya.
Salah satu masjid yang ada dekat Sydney.
— Fadzi Razak #freelancewriter (@fadzirazak) June 22, 2021
Masjid Punchbowl. Letaknya dekat suburb Punchbowl.
Lawa betul design dia. Modern. Simple. Clean. Selesa. pic.twitter.com/W82a56Awoc
Terletak di pinggir bandar Punchbowl, masjid yang menerapkan seni bina estetika Islam dan seakan sarang lebah ini berkapasiti untuk memuatkan 300 jemaah lelaki dan wanita.
Masjid Punchbowl ini setinggi 2 tingkat yang mana ruang solat bagi jemaah lelaki berada di tingkat 1 manakala bagi jemaah wanita ada di tingkat 1 dan 2.
Namun keluasan ruang solat di tingkat 2 agak kecil, tetapi menariknya ia mempunyai saluran pencahayaan semulajadi yang menerangi ruang solat tersebut bertujuan mengurangkan penggunaan lampu elektrik.
Dikongsi juga bahagian tandas yang menyediakan bidet atau pili air di setiap satu ruang tandas. Buat mereka yang tinggal di Australia barangkali sudah tahu bahawa mereka tidak banyak menggunakan bidet lagi-lagi tinggal di sub-urban Australia.
Ruang tempat berwudhuk yang tertutup juga disediakan bagi jemaah wanita iaitu bersebelahan dengan tandas mereka.
Manakala ruang berwudhuk bagi jemaah lelaki agak unik apabila ianya berbentuk trapezium di tingkat bawah dan bersambung terus bagi memasuki ruang solat utama.
Masjid Punchbowl ini direka dan dibina oleh sebuah syarikat tempatan Australia iaitu Candalepas Associates.
Sumber: Twitter Dezeen, Fadzi Razak
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah