Cuba Pengalaman Bercuti Di Hotel Gua Turki Selepas Habisnya Pandemik!

HOTEL
June 30, 2021 - 05:29 AM


Pernah tak korang lihat di kaca TV belon udara panas terbang banyak-banyak di atas langit? Itu sebenarnya berada di tempat bernama Cappadoccia, Turki. Pemandangan di situ sangat lah cantik.

Di Turki terdapat pelbagai hotel disediakan tapi bagi yang mencari tempat penginapan atau hotel menarik dan unik korang boleh cuba bermalam di Cave Hotel di Cappadoccia. 

Jarang sekali kita dapat tengok dan merasai gua di jadikan hotel. Apa kita berada di hotel itu, mesti berasa seperti berada di zaman Flinstone iaitu zaman yang penuh dengan batu-batuan tanpa menggunakan sebarang alatan moden.

Korang jangan ingat hotel biasa-biasa, walaupun hotel ini dalam gua tetapi hiasan dalaman sangat bertaraf tinggi dan servis ditawarkan adalah termoden dan profesional. 

Cuma sekarang kita pasang mampu pasang dahulu, habis pandemik dah boleh get ready untuk berlepas terus ke Cappadoccia.

Goreme

Bagi yang mahu merasai tidur dalam gua korang boleh cuba bermalam di Natureland Cave Hotel. Bayangkan kalau korang habiskan waktu malam di ruang yang diukir daripada batu Vulkanik memang satu pengalaman yang luar biasa, lain dari yang lain!

Urgup

Urgup dengan Goreme tak jauh bezanya. Bagi pasangan yang baru berkahwin dan sedang mencari tempat best untuk berbulan madu tempat ni memang sesuai kerana mereka boleh menikmati hotel mewah dan restoran yang menyajikan makanan lazat.

Gamirasu Cave Hotel

Berada di pusat Cappadocia, Desa Ayvali hotel ini dulu merupakan sebuah rumah bagi para biarawan. Namun keunikan rekaan dalaman hotel tersebut membezakannya dengan hotel yang lain. Terdapat 30 bilik yang disediakan bagi memudahkan pelancong membuat pilihan mengikut keselesaan.

Min tahu mesti semua tak sabar nak pergi bercuti semula selepas habis pandemik ni kan. Letak kan Turki dalam senarai bucket list percutian korang.

Sumber: mStar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah