Ketahui Fakta Disebalik Katil 'Anti-Seks' Olimpik 2020
SUKANJuly 28, 2021 - 03:09 PM
Perkampungan atlet dilangsungkan di Olimpik Tokyo misi mereka adalah untuk memenangi pingat emas dalam pertandingan tersebut. Dalam kisah menarik sebelum bermulanya Sukan Olimpik, tempat tidur yang akan digunakan atlet lain dari lain dari sebelum ini.
Walaupun atlet sedang melakukan kesukanan peringkat antarabangsa, pihak pengurusan dari Olimpik beranggap pelbagai perkara tidak diingini akan berlaku semasa perkampungan. Di laman rangkaian sosial, beberapa atlet mula berkongsi foto tempat tidur yang dibuat oleh syarikat Jepun Airweave.
Beds to be installed in Tokyo Olympic Village will be made of cardboard, this is aimed at avoiding intimacy among athletes
Beds will be able to withstand the weight of a single person to avoid situations beyond sports.
I see no problem for distance runners,even 4 of us can do😂 pic.twitter.com/J45wlxgtSo
— Paul Chelimo🇺🇸🥈🥉 (@Paulchelimo) July 17, 2021
Tapi apa yang anda tidak ketahui, ada beberapa mengapa pihak pengurusan Jepun berbuat demikian. Antara beberapa sebab ini, min kongsi di bawah.
1. Diperbuat dari Kadbod
Katil atlet Olimpik Tokyo 2020 diperbuat dari kadbod?
— 🇲🇾 Huda Mahmud (@HudaMahmud79) July 26, 2021
Jangan risau.
Memang kukuh katil ni. Boleh tampung berat sehingga 200kg.
Sedangkan bangunan pun ada arkitek Jepun boleh buat dengan kadbod, inikan pula katil 😄 pic.twitter.com/fyMccLAfQv
Rangka katil ‘antiseks’ berasaskan material kadbod yang disediakan di Perkampungan Atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020 dikatakan untuk mencegah hubungan intim dalam kalangan atlet.
Ini adalah tempat tidur yang boleh dikitar semula dan tempat tidur pertama di Olimpik yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada bahan kitar semula.
2. Mengelak wabak Covid 19 dan hubungan intim
Olimpik kali ini berlangsung dengan berbeza apabila pihak penganjur dan kerajaan Jepun sangat mementing prosedur operasi standard dipatuhi oleh semua atlet bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Disebabkan itu, katil kitar semula ini difahamkan adalah salah satu cara oleh pihak penganjur untuk mengelak berlakunya hubungan seksual di antara para atlet di perkampungan Olimpik.
3. Kondom diedar sebagai bentuk kesedaran
Kondom yang diberi kepada atlet bukan lah bertujuan untuk digunakan semasa Olimpik 2020 sedang berlangsung, tetapi dibawa pulang ke negara masing-masing.
Tidak hairan hubungan intim sesama atlet satu perkara yang biasa. Hampir 160,00 kondom diedar kepada semua atlet sebagai satu tanda kesedaran seks bebas tanpa protection.
Sejak varian Delta baru menyerang beberapa negara Asia, sekatan-sekatan ini dilakukan demi menjaga kesejahteraan semua orang. Lebih baik beringat sebelum menyusahkan orang lain. Kes pun semakin tinggi, jadi apa salahnya kita jaga sama kita.
Sumber: the Vocket, Murai
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah