Ahli-Ahli Dewan Rakyat Hilang Kepercayaan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Usul Lucutkan Muhyiddin
VIRALAwal hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengemukakan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan Menteri Undang-Undan,g Takiyuddin Hassan yang mengumumkan pembatalan ordinan darurat pada 26 Julai lalu adalah mengelirukan kerana ia tidak dapat perkenan dari Agong.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli-ahli Parlimen partinya untuk menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memenuhi sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengusulkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan serta merta atas dasar Ahli-ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Malaysia itu.
Anwar mengemukakan usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(b), 26(1)(d), dan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Dewan Rakyat memgambil ketetapan untuk menyatakan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan.
Anwar turut menzahirkan kekecewaan terhedap helah Muhyiddin yang melewatkan persidangan parlimen atas sebab saringan sedangkan saringan tersebut boleh dijalankan tanpa mempersulitkan perjalanan Parlimen.
"Bagi kita, ahli-ahli Dewan Rakyat menganggap Muhyiddin telah makzul, dipecat atau gugur sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengelirukan Parlimen, selain membelakangi fungsi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahselaku Ketua Utama negara.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah