Roller-Coaster Jepun Antara Terpantas Di Dunia Diarah Tutup Selepas Penumpangnya Patah Tulang
VIRALAugust 27, 2021 - 10:38 PM
Sebelum ini permainan roller-coaster di Jepun antara yang terpantas di dunia telah menjadi viral kerana pengunjung yang menaikinya diminta untuk menjerit dalam hati sahaja bagi mengelak penyebaran wabak Covid-19.
ARTIKEL TERDAHULU: Kenapa Lepas Ni Dah Tak Boleh Menjerit Kalau Naik Roller Coaster Di Jepun?
Namun kali ini roller-coaster Do-Dodonpa di Fuji-Q Highland yang terletak berhampiran Gunung Fuji itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila ia diarahkan tutup selepas beberapa penumpangnya dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.
Menjadi antara roller-coaster yang paling laju di dunia, tidak hairanlah permainan ekstrem itu boleh memecut dari sifar kelajuan sehingga 180 kilometer sejam, hanya dalam masa 1.56 saat sahaja!
Bagaimanapun, sejak Disember lepas -- permainan itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 4 penumpang mengalami patah tulang.
Malah ada laporan tempatan mendedahkan terdapat 9 penumpang lagi turut mengalami kecederaan lain selepas menaiki roller-coaster tersebut.
Kesemua kes berkenaan kini masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.
Sumber: BBC
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah