Kanak-Kanak Berumur 3 Tahun Jadi Kes Positif Pertama Dicatatkan Pelancong Langkawi

VIRAL
September 30, 2021 - 06:10 PM


Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena projek rintis gelembung pelancongan sejak 16 September lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kes positif tersebut melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Keadaan pesakit adalah bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan pasukan CAC (Pusat Penilaian Covid-19) daerah Langkawi,” katanya.

Kata beliau, kes berkenaan didaftar serta diklasifikasikan sebagai Import B (kes rentas negeri) yang mana hasil siasatan mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu berlaku sebelum melancong ke Langkawi.

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan bapanya tiba di Langkawi pada pukul 7.30 malam, 24 September lalu dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA 2).

“Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah mendapat vaksinasi lengkap dan bukan kes positif Covid-19 atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 serta tidak bergejala,” ujarnya. 

Sumber: Kosmo

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah