Malas Nak Lari Atau Bersenam Berat? 'Brisk Walking' Senaman Paling Mesra Jantung
GAYA HIDUPBagi korang yang jarang bersenam, atau baru nak mulakan gaya hidup yang lebih sihat, berlari ataupun senaman berat mungkin agak sukar untuk dilakukan.
Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri ialah melakukan senaman biar sesuai dengan kemampuan diri, dan antara senaman yang paling mudah untuk korang kickstart gaya hidup sihat ialah brisk walking.
Brisk walking merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.
Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain, brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.
Faedah Brisk Walking
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek seperti tekanan darah yang lebih rendah dan risiko diabetes yang berkurangan.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.
Teknik Brisk Walking
- Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
- Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus
- Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
- Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah