Kluster Langkawi Adalah Kluster Tempat Kerja Warga Tempatan, Bukan Pelancong

VIRAL
October 06, 2021 - 10:19 AM


Ramai yang mula gusar dengan gelembung perjalanan ke Langkawi apabila wujudnya kluster baharu di Langkawi yang telah mencatatkan kes positif sebanyak 59 orang. 

Namun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham kluster itu dikategori sebagai kluster tempat kerja yang membabitkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan kontak rapat ahli keluarga.

Tidak patuh pada prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan menjadi punca utama berlaku Kluster Dah Teluk Nibung, walaupun semua pekerja itu sudah menerima suntikan dos lengkap vaksin Covid-19.

"Sehingga hari ini, seramai 254 orang disaring dengan 59 kes positif Covid-19, 187 individu negatif dan tiga individu lagi masih menunggu keputusan.

"Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan SOP di tempat kerja dan asrama penginapan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, semua kontak rapat sudah dikenalpasti dan dilakukan ujian calitan serta diberi arahan Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) selama 10 hari dan sehingga kini, penularan jangkitan adalah terkawal.

Beliau berkata, semua kes jangkitan Kluster Dah Teluk Nibung itu adalah kategori 1 dan 2 sahaja selepas semua pekerja menerima suntikan dos lengkap vaksin Covid-19.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah