6 Hotel Warisan Indah, Untuk Anda Yang Mencari Ketenangan
HOTELPerasaan bila kita 'check-in' hotel warisan ni memang lain dari yang lain. Kebanyakan hotel warisan ini sama ada baru dibaik pulih atau pun kekal dengan senibina dan hiasan dalaman yang klasik membawa kita ke suatu zaman yang asing namun menenangkan.
Jadi, seiiring dengan kebenaran untuk rentas negeri kali ini kami akan kongsikan 9 hotel warisan yang mampu mengisi percutian anda dengan satu pengalaman yang unik dan 'rare'! Yang pasti, setiap hotel mampu membuatkan anda untuk melupakan segala masalah atau beban kerja yang anda pikul pasca pandemik Covid-19.
1. Liu Men Hotel Melaka
Binaan yang wujud sebelum peperangan diberi nafas baru dengan hiasan dalaman bertemakan peranakan mengisi setiap sudut hotel ini. Amat sesuai untuk korang yang solo travel, keluarga mahupun pasangan bulan madu. Terdapat tiga beberapa jenis suite antaranya Parameswara Suite, Cheng Ho Suite, Hang Tuah, Jebat dan Kapitan. Yang bestnya korang boleh berehat di rooftop pada waktu petang sambil menikmati secawan teh atau kopi!
2. The Majestic Malacca
Salah satu hotel yang bangunannya dahulu merupakan satu penempatan Strait sekitar 1920 yang telah dibaik pulih dan terletak di pusat bandar Melaka. Lokasi yang amat strategik bagi korang yang nak explore setiap tarikan di Bandar Melaka seperti Pasar Malam Jonker Street atau A Famosa.
3. Mcalister Mansion, Georgetown
Mcalister Mansion adalah satu butik resort hotel yang terinspirasi dari Sir Norman Macalister, Governor British Pulau Pinang sekitar abad ke-18. Bilik yang ditawarkan cukup indah, fasiliti yang serva lengkap amat sesuai untuk korang jadikan lokasi untuk short-getaway.
4. The Edison, Georgetown
The Edison salah satu hotel yang mempunyai senibina yang sangat menarik, salah satu rumah taikun terkenal Yeo Wee Gark yang dibina pada tahun 1906. Terletak pada lokasi yang sangat strategik kerana berdekatan dengan tarikan tempatan seperti Chulia Street, Jeti Clan dan juga Penang Street Art.
5. Seven Terrace, Georgetown
Untuk korang yang teringin merasai serba sedikit budaya cina peranakan, inilah tempat yang wajar korang kunjungi! Hiasan dalaman yang terinspirasi dari Anglo-Chinese, dipenuhi dengan perabot-perabot antik pasti dapat memukau pengalaman anda bermalam di sini. Juga terletak di lokasi yang amat strategik, berhampiran dengan pelbagai tarikan tempatan.
6.The Ranee Boutique Suites, Kuching
Hotel yang dibina semula dari dua kedai tradisional dari abad ke-19, memang akan membawa korang ke zaman kolonial yang penuh misteri dan budaya. Untuk yang non-muslim, korang kena cuba Ranee's Tuak yang famous tu!
Sumber: Unreserved
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah