Seekor Harimau Hampir Terlepas Menyebabkan Satu Zoo Panik

GAYA HIDUP
December 28, 2021 - 01:12 AM


Sebuah zoo di Banjarnegara kecoh apabila semua pengunjung berasa panik akibat seekor harimau nyaris terlepas dari kurungan. 

Dalam kejadian tersebut, dikatakan seekor harimau benggala melompat hampir melepasi pagar kurungannya sehingga membuat kesemua pengunjung di situ berlari bertempiaran.

Jurucakap zoo tersebut, Nuh Rohmah berkata, harimau itu turut melompat ke bahagian bumbung di kandangnya yang setinggi lima meter.

Katanya, keadaan dapat dikawal apabila petugas zoo menggunakan obor untuk mengawal pergerakan haiwan itu.

“Selepas harimau itu panjat bumbung, kami berdepan kesulitan untuk menurunkannya dan akhirnya, kami terpaksa menembak pelali ke arah haiwan itu.

“Sebelum itu, kami juga menggunakan obor dan jaring untuk mengelak harimau tersebut keluar lebih jauh dan selepas sejam, haiwan itu dimasukkan semula ke kandangnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Rohmah juga memberitahu, semua pengunjung dapat dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Ianya merupakan kali pertama kes seperti ini berlaku di zoo tersebut.

“Zoo kami tetap akan dibuka pada Tahun Baharu ini dan kami member jaminan insiden serupa tidak akan berulang,” ujarnya.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah