Thailand Tempat 'Terbaik Untuk Bersara' Di Asia
TARIKANJanuary 11, 2022 - 02:33 PM
Thailand dinamakan sebagai antara "25 Tempat Terbaik untuk Bersara" oleh Penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
'The Land of Smiles' menduduki tempat ke-11 dalam laporan itu dengan skor purata 72.9 -- meletakkannya di kedudukan teratas di Asia.
Manakala Malaysia menduduki tempat ke-15 dengan purata markah 72.
Sementara itu -- Bangkok, Chiang Mai dan Hua Hin antara bandar pilihan popular dalam kalangan pesara.
Laporan itu berkata individu bujang boleh menetap di Thailand dengan perbelanjaan sekitar AS$1,000 sebulan dan sewa pangsapuri serendah AS$400 hingga AS$500 sebulan.
Panama berada paling atas dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022 sebagai negara paling selamat, mampu dan paling mesra di dunia - dengan purata skor 86.1.
Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketiga - diikuti Portugal, Ecuador, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol dan Uruguay.
International Living berkata negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.
"Editor International Living menyusun, menyenarai dan menilai beberapa siri kriteria termasuk kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini ialah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpulkan di lapangan," kata kenyataan itu.
International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop dan maklumat mendalam mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah