McDonald Mengeluarkan Menu Baharu Iaitu Aiskrim Sundae Vanila Yang Dihidangkan Dengan Pes Cili Dan Daging Babi

VIRAL
January 24, 2022 - 08:58 PM


Baru-baru ini negara jiran kita iaitu Thailand, terdapat satu menu baharu daripada sebuah syarikat makanan yang cukup terkenal iaitu McDonald. Menu baharu tersebut merupakan aiskrim sundae vanila yang dihidangkan dengan pes cili dan daging babi. 

Lapor Thethaiger, francais makanan segera itu menjalin kerjasama dengan syarikat sos terkenal Thailand, Deksomboon dan aiskrim itu berharga 39 baht (RM4.90), selain tempoh jualannya sehingga 5 April ini.

Terdapat banyak respon-respon di sana dan antaranya menyatakan gabungan daging babi yang dicampurkan dalam aiskrim itu dikatakan ‘hebat’ dan enak. Namun tidak semua sependapat begitu kerana ada juga yang berpendapat gabungan tersebut adalah pelik dan mereka enggan membelinya lagi.

Berdasarkan penilaian yang dibuat orang ramai, kebanyakannya menyamakan pes cili itu sama seperti perencah mi segera berperisa tomyam, namun rasanya lebih manis.

Sumber: Utusan

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah