Vietnam Buka Pintu Sempadannya 15 Mac Ini

VIRAL
February 17, 2022 - 03:45 PM


Selepas ditutup selama 2 tahun akibat Covid-19 -- Vietnam akan membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa pada 15 Mac ini!

Negara Asia Tenggara yang mempunyai 97 juta penduduk itu sebahagian besarnya ditutup pada Mac 2020, satu langkah yang menjejaskan sektor pelancongan yang sedang berkembang yang bernilai AS$32 bilion (kira-kira RM133 bilion) setahun sebelum pandemik.

AFP melaporkan, pihak berkuasa dalam satu kenyataan Rabu berkata, Vietnam bakal mengeluarkan visa dan menerima ketibaan asing mulai pertengahan bulan depan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas negara komunis itu menarik balik semua sekatan penerbangan antarabangsa.

Kerajaan melonggarkan sekatan wabak secara berperingkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pelawat kembali masuk sejak November di bawah aturan gelembung untuk bermain golf di pusat peranginan.

Pelancong mesti diberi vaksin sepenuhnya serta negatif ujian Covid-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan.

Mereka juga dikehendaki membeli perlindungan insurans perubatan Covid-19 bernilai AS$10,000 (kira-kira RM41,000).

Tidak jelas sama ada orang yang memasuki Vietnam perlu mematuhi peraturan kuarantin tiga hari negara itu di hotel atau di rumah.

Pemilik hotel Nguyen Dinh Toi terpaksa menutup perniagaannya di Sapa, Teluk Ha Long dan Hanoi serta memberhentikan 300 kakitangan kerana pandemik dan sekatan sempadan.

"Mereka semua terpaksa bertukar kepada pekerjaan lain kerana saya tidak dapat membayar mereka sejak September 2020," katanya kepada AFP.

Sumber: Harian Metro

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah