Pengecualian Bayaran Tol Tujuh Hari Di Pintu Masuk Malaysia-Singapura
VIRALMarch 30, 2022 - 04:30 PM
Kerajaan hari ini bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol di pintu masuk Malaysia-Singapura selama tujuh hari bermula 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengecualian bayaran tol tersebut melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).
"Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.
"Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.
"Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengecualian itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Sumber: Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah