Negara Mana Paling Panjang & Paling Pendek Waktu Berpuasa Tahun Ini?

GAYA HIDUP
April 05, 2022 - 11:10 AM


BULAN Ramadan bulan yang berkat,

Bulan rahmat dan bulan utama,

Pahala digandakan, doa diterima,

Bulan Lailatul Qadar yang istimewa.

Ini antara bait-bait lirik sebuah lagu nasyid dan ia popular setiap kali tibanya Ramadan.

Seperti dua tahun lalu, puasa tahun ini juga disambut dalam keadaan dunia masih berdepan ancaman COVID-19.

Lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa di siang hari selama sebulan, yang bermula pada awal April.

Ada negara yang meraikan kedatangan 1 Ramadan pada 2 April, tidak kurang sebahagian daripadanya yang mula berpuasa hari ini.

Bulan suci ini bermula kira-kira dua minggu lebih awal setiap tahun dan, bagi sesetengah negara di dunia,ia akan beralih dari musim panas yang lebih panjang dan lebih panas menuju ke musim sejuk yang lebih pendek dan sejuk.

Di Malaysia, umat Islam akan berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam.

Tetapi negara manakah yang mempunyai waktu siang paling lama, dan negara manakah yang akan mempunyai puasa paling singkat?

Memetik The National News -- New Zealand, Argentina serta Afrika Selatan menjadi lokasi paling pendek mengerjakan Ramadan pada tahun ini, dengan masing-masing akan berpuasa sekitar 11 dan 12 jam.

Sementara umat Islam di bandar Reykjavík, Iceland -- dijangka mengerjakan ibadah puasa paling lama dengan sekitar 16 jam, 50 minit.

Pada tahun lalu, Norway, Greenland serta Finland menjadi bandar yang paling lama menjalani tempoh Ramadan iaitu selama 20 jam.

Di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain.

Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah, Arab Saudi.

Sama seperti tahun sebelum ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.

NEGARA PALING PENDEK TEMPOH BERPUASA 

Johannesburg, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam

Buenos Aires, Argentina: 11 hingga 12 jam

Cape Town, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam

Christchurch, New Zealand: 11 hingga 12 jam

Ciudad del Este, Paraguay: 11 hingga 12 jam

Montevideo, Uruguay: 11 hingga 12 jam

Brasilia, Brazil: 12 hingga 13 jam

Harare, Zimbabwe: 12 hingga 13 jam

NEGARA PALING PANJANG TEMPOH BERPUASA 

Reykjavík, Iceland: 16 jam dan 50 minit

Warsaw, Poland: 15 jam

London, England: 15 jam

Paris, Perancis: 16 hingga 17 jam

P/S: Jom enjoy video Rileklah tentang senarai negara yang paling lama berpuasa di dunia pada tahun 2019 semasa kita mula-mula dikejutkan dengan pandemik Covid-19! Semoga tahun ini kita semua dapat berpuasa dengan tenang dan Covid pun semakin hilang...aamiin!

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah