Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia Bakal Dibuka Tak Lama Lagi!
TARIKANApril 21, 2022 - 02:43 PM
Pegawai-pegawai pelancongan di Vietnam memaklumkan bahawa sebuah jambatan kaca sepanjang 632 meter yang akan dibuka kepada pelancong tidak lama lagi, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.
Pegawai-pegawai pulau pelancongan Moc Chau di wilayah Son La berkata, jambatan Bach Long itu akan dibuka pada 30 April ini sempena cuti Hari Penyatuan Semula.
Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.
Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.
Ketinggian jambatan Bach Long dari tanah adalah kira-kira 150 meter.
Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.
Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong akan dibenarkan berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa kerana mengambil kira faktor keselamatan. – Agensi
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah