Tiada Lagi Bersiar-siar Menggunakan Skuter, Larangan Berkuat Kuasa Serta Merta
VIRALApril 27, 2022 - 05:24 AM
Kementerian Pengangkutan menetapkan tiga jenis kenderaan dilarang penggunaannya di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.
Ia termasuk Moped,skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan alat bantuan pergerakan peribadi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, larangan penggunaan kenderaan itu adalah berdasarkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikrobiliti Tertentu 2021 yang berkuat kuasa pada 17 Disember tahun lalu.
Beliau berkata, mengikut larangan itu, denda RM300 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya.
Pada masa sama katanya, bagi basikal dengan bantuan elektrik (basikal elektrik) pula, hanya yang memenuhi spesifikasi MS2514 dibenarkan digunakan atas jalan raya.
Menurutnya, penggunaan basikal elektrik itu mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang sama seperti ditetapkan penggunaan basikal.
Sumber: Utusan
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah