Permainan "Red Light, Green Light", Ini Maksud Sebenar Ayat Yang Disebut Patung Siri Squid Game

VIRAL
September 27, 2021 - 06:04 PM


Dalam Squid Game tu, memang patung tu sebut lampu merah... lampu hijau ke?

Mesti ramai antara kita semua dah menonton filem Squid Game di Netflix kan? Malah, di TikTok suara nyanyian budak kecil dalam satu babak episod pertama itu sedang trending dengan pelbagai konteks kreatif yang direka orang Malaysia. 

Drama bersiri dari Korea ini mengisahkan sekumpulan manusia yang hidup dibelenggu hutang yang mengejar wang tunai menerusi satu ‘permainan’. Kesemua permainan yang dimainkan adalah makanan yang dimainkan pada ketika mereka masih kanak-kanak, namun yang kalah akan dibunuh. 

"Mugunghwa Kochi Piosseumnida"

Dalam episod pertama, ada satu permainan yang dinamakan Red Light, Green Light, dimana pemain perlu bergerak pantas untuk menuju ke garisan penamat, namun cabarannya adalah akan ada satu lagu dimainkan selama beberapa saat dan peserta hanya dibenarkan untuk bergeraka pada kala lagu masih dimainkan, tetapi apabila lagu tamat peserta semua tidak boleh bergerak, jika mata di patung itu dapat mengesan sebarang pergerakkan, maka peserta tersebut akan ditembak. 

Seperti yang mereka sudah menonton drama bersiri sedia maklum, lagu ‘Mugunghwa Kochi Piosseumnida’ diterjemahkan menjadi Lampu Merah, Lampu Hijau dalam sari kata.

Bagaimanapun, menurut seorang pengguna TikTok @nurraezzatie, terjemahan sebenar bukanlah seperti mana yang ditunjukkan di paparan skrin.

Katanya Mugunghwa Kochi bermaksud bunga raya manakala Piosseumnida adalah berkembang mekar.

 

@nuraezzatie

##stitch with @Hadrey Ali 🇲🇾🔴🔵🦒 Maksud Sebenar Squid Game ? ##squidgame ##오징어게임 ##한국말 ##tiktokguru ##fypmalaysia🇲🇾 ##틱톡순삭 ##learnkorean

♬ original sound - nuraezzatie

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah