Petisyen Henti Projek 'ESCAPE' Cameron Highland Mendapat Sambutan Yang Tinggi

VIRAL
August 06, 2021 - 07:36 PM


Beberapa hari lalu, berita pengumuman Cameron Highlands bakal adakan theme park mereka sendiri yang bakal siap pada 2023. Setelah berita itu diumumkan, tular di sosial media mengenai pembinaan taman tema ini dapat tentangan yang hebat dari netizen.

Ramai yang tidak sangka taman tema itu dibina di atas tanah tinggi di mana terletaknya kehijauannya tersendiri. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pembinaan tersebut. Mereka berpendapat bahawa dengan kewujudan ESCAPE Cameron Highlands bakal memusnahkan habitat semula jadi sedia ada. 

Bantahan tersebut telah disuarakan dengan lebih daripada 19,000 orang menerusi tandatangan petisyen dalam talian sebagai tanda protes terhadap racangan pembinaan tersebut.

Petisyen itu dimulakan oleh seorang wanita bernama hana Azman, di mana beliau cuba untuk memohon kepada pemerintah Pahang, utnuk menghentikan pembinaan di kawasan Cameron Highlands.

Orang ramai diminta agar kawasan yang terpelihara dan terjaga di kawasan ekosistem itu akan di pulih baik oleh generasi baru, tertulis di dalam halaman petisyen itu.

 

 

Apa-apa pun setiap perkara ada buruk dan baiknya. Min harap perkara sebegini dapat diselesai dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: Verst

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah