Kenangan Nostalgia! 5 Lagu Raya 'Trending' Sepanjang Zaman
VIRALTak lama nanti kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri lagi dua hari. Sambil nak kemas rumah, atau memandu, boleh pasang lagu raya biar hadir 'vibe' raya tu.
Walaupun lagu raya semakin banyak dan artis-artis baru hasilkan lagu terbaharu, lagu lama juga menjadi pilihan utama. Lagu lama tidak akan dilupakan walau berzaman ia berlalu.
Antara lima lagu dinyanyikan oleh penyanyi legenda terdahulu.
1. Dendang Perantau - P Ramlee
Siapa saja tidak suka lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, legenda sepanjang zaman. Lagu ini mengisahkan tentang kenangan lama yang tak akan berulang lagi. Sedih pulak bunyinya.
2. Selamat Hari Raya - Saloma
Lagu seterusnya nyanyian dari Allahyarhamah Puan Sri Saloma, juga isteri kepada Allahyarham P Ramlee. Lagu ini selalu memeriahkan pagi raya masyarakat kita.
3. Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
Lagu dari Dato' Siti Nurhaliza ini memang sayu di dengar. Tersedu kalau ulang lagu ni banyak kali. Sesuai lagu ini dengan kita sekarang yang di timpa PKP.
4. Suatu Hari Di Hari Raya - M Nasir
Lagu dari sifu M Nasir, tentang tanda kebesaran Allah pada kemenangan selepas sebulan berpuasa. Lagu ni juga mengajar kita bersyukur dan rasa gembira dapat bertemu ibu bapa tersayang raya bersama.
5. Salam Aidilfitri - Datuk Jamal Abdillah
Lontaran vokal dari Datuk Jamal Abdillah tidak pernah mengecewakan. Sedap di dengar hingga naik bulu roma. Pembukaan lagu ini disampaikan dengan ucapan salam untuk umat islam yang menyambut aidilfitri.
Demikian antara lagu yang didendangkan sepanjang zaman. Banyak lagu raya yang menjadi pilihan, antaranya Balik Kampung, Indahnya Beraya di Desa, dan banyak lagi.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah