1000 Kali Sayang, Masjid Kristal Terengganu Terabai Selama 2 Tahun

VIRAL
January 19, 2022 - 11:04 AM


Datang ke Terengganu, banyak tempat menarik yang best untuk dilawati seperti Terengganu Drawbridge, tasik kenyir dan pulau-pulau yang cukup indah. Masjid Kristal juga merupakan antara salah satu tarikan pelancong di Terengganu namun baru-baru ini kecoh di media sosial tentang tempat tersebut.

Perbualan tentang masjid ini bermula apabila seorang pengguna twitter yang mengupload gambar masjid tersebut dari view atas serta meletakkan kapsyen "The Abandoned Mosque". Dikatakan terdapat atap masjid yang telah runtuh seumpama kawasan tersebut langsung dibiarkan. Masjid itu juga tidak lagi membenarkan pelancong untuk datang solat atau bergambar di dalam sebaliknya pelancong hanya boleh bergambar dan melihatnya dari luar.

Rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan sedih akibat apa yang telah berlaku pada masjid tersebut. Namun, terdapat juga netizen yang menjelaskan bahawa sebenarnya ia masih dalam penyelenggaraan. Persoalannya di sini, mengapa ia terlalu lama sehingga hampir 2 tahun ? Harap masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat agar tempat ini dapat sambutan seperti sebelum-sebelum ini.

Sumber:Vocket

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah