Anda Berkemungkinan Travel Tanpa Tunai Ke Destinasi Ini Selepas Ini
VIRALBersediakah anda untuk menghadapi zaman transaksi tanpa tunai ketika travel? Ramai pakar perbankan dunia menjangkakan wang tunai tidak akan digunapakai dan negara yang bakal menggunakan sistem ‘cashless’ ini adalah Sweden. Lebih tepat lagi menjelang 2023.
Kesemua transaksi jual beli dan sebagainya selepas ini hanya boleh dilakukan dalam bentuk perpindahan digital, menggunakan signal RFID, smartphone dan lain – lain. Walaupun bukan berlaku di US mahupun Kanada dalam masa terdekat tetapi banyak negara sedang beralih kearah itu. Sistem tanpa tunai.
Buat masa sekarang, hanya ada halangan di beberapa buah kawasan seperti Amerika Utara yang mana menurut perundangan mereka, wang tunai adalah sah untuk digunakan dalam transaksi jual beli. Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja yang menjual perlu menerima wang tunai sebagai bentuk pembayaran.
Walaupun ada usaha dibeberapa buah bandar menggunakan ordinan tempatan untuk mengatasi perundangan tersebut, hakikatnya masih ramai lagi pengguna tidak mempunyai sumber digital seperti akaun bank, kad kredit dan sebagainya. Bahasa mudahnya; sistem tanpa tunai di Amerika Syarikat tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Lain pula di Stockholm ataupun beberapa lagi destinasi seperti Seoul, Singapura, Reykjavik dan bandar – bandar besar di China. Kesemuanya sudah bersedia dan menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai. Kalau di China, memang popular dengan WeChat pay.
Sebagai traveller, boleh dikatakan kedua-dua penggunaan transaksi ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai contoh, jika kita travel dan menggunakan transaksi kad, ikut jenis bank dan kad yang digunakan kadangkala ianya lebih murah kerana ada syarikat dan bank yang tidak mengenakan sebarang cas untuk trasaksi luar negara tapi boleh dikatakan kebanyakan kad dari bank – bank utama Malaysia akan kenakan cas.
Jadi, sila alert lah. Pastikan kita aktifkan pengeluaran atau penggunaan kad diluar negara. Bank juga boleh setkan tempoh, misal kata kina nak aktifkan untuk seminggu disana, aktifkan untuk seminggu sahaja. Cuba hubungi bank anda untuk tanyakan perkara ni. =D
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah