Arab Saudi Tawar E-Visa Melancong Kepada Rakyat Malaysia, Mulai Bulan Ini!
VIRALOctober 02, 2019 - 11:01 AM
Ini berita baik untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Arab Saudi!
Kerajaan Arab Saudi kini menawarkan e-visa atau elektronik visa bagi tempoh setahun untuk warganegara Malaysia, bermula bulan ini (Oktober 2019).
Khabar gembira itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menawarkan visa untuk tiga bulan (90 hari) bagi tujuan pelancongan ke negara itu.
Malah, pihak Arab Saudi turut bermurah hati untuk melonggarkan dasar di mana untuk pelancong Malaysia yang ingin ke Arab Saudi hanya perlu membayar 300 Saudi Riyal (RM335.68) sahaja dan mereka boleh keluar masuk ke negara itu dalam tempoh setahun.
Katanya menerusi tawaran e-visa itu juga, ia dapat merancakkan lagi sektor pelancongan negara.
Keistimewaan yang diterima oleh Malaysia adalah hasil keupayaan negara membangunkan sektor pelancongan hingga berjaya menarik perhatian kerajaan Arab Saudi untuk mengadakan hubungan dua hala yang lebih erat dalam sektor pelancongan.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah