Bukan Sekadar Barangan Seharian, Eiffel Tower Pun Cuba Ditiru Oleh China Tau

VIRAL
March 23, 2021 - 08:28 PM


Wah kita semua tahu kebanyakan barangan yang 'Made in China' ni adalah barangan tiruan. Korang boleh dapatkan pelbagai barangan ciplak seperti iPhone, PC, dan juga laptop yang menyerupai brand-brand besar tetapi harga jauh lebih murah yang menggunakan barang dalaman lemah. Jadi agak mengejutkan apabila negara tersebut cuba ciplak bandar Paris.

Ya, korang memang tak salah baca. China cuba membina bandar Paris di negara mereka, malah bangunan di sekeliling kawasan itu juga hampir sebijik dengan Paris tau. Yang paling mengagumkan apabila mereka berjaya membina sebuah pencakar langit yang hampir menyerupai Eiffel Tower. Ianya dibina di Tanducheng di dalam sebuah bandar yang bernama Hangzhou.

Kalau korang tengok gambar yang telah dimuat naik, memang hampir sama kedua mercu tanda tersebut. Malah bangunan di sekelilingnya juga turut dibina menyerupai bandar Paris. Kebanyakan pelancong yang datang ke Tanducheng ini hanya untuk mengambil gambar Eiffel Tower tiruan tersebut. Tidak menghairankan apabila ramai yang tidak dapat bezakan antara tiruan dan original.

Salah satu sebab kenapa kerajaan China ingin membina bandar ini adalah untuk menarik perhatian pelancong kerana Tianducheng merupakan sebuah bandar yang mundur. Sayangnya dari 10,000 penduduk yang dirancang untuk menetap di sana hanya 1,000 orang sahaja yang stay kerana harga tanah dan sewaan gerai di situ terlalu mahal.

Sumber: NextShark

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah