COVID-19: Arab Saudi Tunda Ibadah Umrah Sepanjang Tahun 2020

VIRAL
March 05, 2020 - 01:54 PM


Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk menunda semua ibadah umrah sepanjang tahun 2020 ini.

Keputusan itu dibuat berikutan perkembangan virus COVID-19 yang dilihat semakin meruncing hingga menyebabkan banyak negara baru turut dijangkiti dengan wabak tersebut.

Memetik laporan daripada Channel News Asia, larangan umrah itu berkuatkuasa kepada penduduk Islam dari seluruh dunia termasuk untuk rakyat Arab Saudi sendiri, susulan pengisytiharan jangkitan COVID-19 kedua dalam kalangan warganegaranya yang baru pulang dari Iran.

Keputusan untuk menangguhkan umrah ini bakal memberikan kesan terhadap ekonomi Arab Saudi memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang tiba bermula hujung April -- di mana masa itu merupakan tempoh yang paling disukai jemaah untuk melakukan ibadah umrah.

Bukan itu sahaja, malah Arab Saudi juga dilaporkan berkemungkinan untuk menunda ibadah Haji yang akan bermula pada akhir bulan Julai nanti, sekiranya wabak COVID-19 masih belum reda.

Tahun lepas, sekitar 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia mengunjungi Kota Mekah dan Madinah untuk melaksanakan Rukun Islam kelima itu.

Sumber: Channel News Asia

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah