COVID-19: Malaysia Sekat Kemasukan Dari Itali, Iran & Korea Selatan

VIRAL
March 11, 2020 - 05:38 PM


Akhirnya, Malaysia memutuskan untuk menyekat kemasukan semua rakyat Itali, Iran dan Korea Selatan serta warga asing lain yang tiba dari negara berkenaan berkuat kuasa 13 Mac ini.

Langkah itu diambil bagi menyekat penularan COVID-19, yang mana setakat ini telah mencecah 129 kes di negara kita.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan yang baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah komprehensif perlu diambil dan kerajaan akan meneruskan langkah strategik untuk menangani COVID-19 secara efektif.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Itali, Iran dan Korea sekiranya perjalanan itu tidak mendesak atas faktor risiko semasa berada di negara berkenaan.

“Mana-mana rakyat Malaysia atau penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari tiga negara berkenaan akan dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."

Perintah ini juga berkuat kuasa 13 Mac 2020!

Sementara itu, sekatan perjalanan ke 3 wilayah di China iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu serta Hokaido di Jepun masih berkuat kuasa.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah