Dah Tak Perlu MyTravelPass, Boleh Melancong Ke Luar Negara Mulai Esok!

VIRAL
October 10, 2021 - 04:46 PM


Bagi korang yang dah lama rindu nak melancong ke luar negara, kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu menyaksikan semua rakyat Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan, berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

“(Melancong ke luar negara), kita buka untuk semua negara tetapi masih belum membuka sempadan negara kita untuk pelancong asing.

“Kita masih membuat kajian dan kita akan mengumumkan dalam masa terdekat.

“Pintu negara masih belum dibuka kecuali melibatkan kecemasan, perniagaan dan juga urusan rasmi.

“Tetapi untuk pelancongan masih belum dibuka. Saya percaya Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menilai negara-negara yang tiada risiko langsung,” katanya.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah