Dah Tak Perlu Transit Bila Naik Kereta Api Laju London-Amsterdam!
VIRALSebelum ini ramai yang lebih suka menggunakan pesawat dari Amsterdam untuk ke London atau sebaliknya walaupun ada kereta api laju iaitu Eurostar yang menghubungkan kedua-dua bandar raya itu melalui darat.
Namun ramai kurang gemar memilih Eurostar kerana ia memakan masa memandangkan pengangkutan awam itu singgah di Brussels untuk menukar kereta api dan pengesahan dokumen perjalanan.
Bagaimanapun bermula tahun ini, perjalanan menggunakan kereta api untuk ke destinasi tersebut menjadi lebih efektif apabila penumpang tidak perlu menukar kereta api di Brussels.
Tiket perjalanan kereta api Eurostar terbaharu ini mula dijual kepada orang awam bermula 11 Februari ini.
Tempahan tiket untuk perjalanan dari Amsterdam bermula 30 April dan 18 Mei 2020 pula dari Rotterdam.
Durasi perjalanan dari Stesen Amsterdam Central ke Stesen St Pancras International London hanya memakan masa kurang lima jam.
Selain itu, pihak Eurostar pula akan membuat dua perjalanan dari/ke Amsertdam/London sebanyak dua kali sehari.
Harga tiket pula dijual pada harga 40 Euro (RM160) sehala.
Sumber: Mstar
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah