Fasa Peralihan Monsun, Jangkakan Ribut Petir Sepanjang Minggu
VIRALHujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ketika negara sedang mengalami fasa peralihan monsoon.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), walaupun dijangkakan peralihan monsun ini tidak akan mendatangkan banjir besar namun potensi berlakunya banjir kilat itu ada, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik.
Untuk minggu ini, jangkakan hujan lebat disebelah petang di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, serta kawasan barat dan tengah Sarawak.
Memang menjadi kebiasaan musim peralihan monsun ini akan membawa hujan serta ribut petir dan ianya sering berlaku pada waktu petang atau awal malam.
Monsun Timur Laut dijangka bermula pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan dan dalam jangkamasa tersebut, berkemungkinan berlakunya banjir di sesetengah kawasan.
Pada pertengahan November hingga hujung Disember ini, negeri Kelantan dan Terengganu akan menerima hujan lebat manakala Pahang dan Johor akan menerima hujan lebat pada Disember hingga Januari.
Hujan lebat ini akan beralih ke Sabah dan Sarawak pada awal Januari hingga Februari nanti.
- Bernama
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah